Biasiswa Pelajaran | Pinjaman Pelajaran | Dermasiswa

Awas Biasiswa Palsu!

Awas Biasiswa Palsu!


Awas dengan biasiswa palsu! Walaupun jarang kedengaran berita-berita di Malaysia yang memaparkan berita-berita melibatkan penipuan biasiswa, namun perkara ini banyak terjadi di luar negara. Para penipu mengambil kesempatan terhadap para pelajar yang berharap untuk mendapat biasiswa; mereka ditipu untuk dibayar atau melakukan sesuatu yang diingini oleh penipu. Ramai yang telah kerugian wang akibat terpedaya dengan skim biasiswa palsu yang diiklankan. Tidak mustahil untuk perkara sebegini berlaku di negara kita suatu hari nanti. Gunakan panduan-panduan yang diberikan ini untuk memastikan kejadian ini tidak berlaku pada anda.

1. Tiada maklumat perhubungan
Jika anda terjumpa mana-mana iklan tawaran biasiswa yang tidak memaparkan sebarang maklumat untuk menghubungi pihak penaja, sila berhati-hati. Ini adalah ciri utama skim biasiswa palsu.

2. Tiada rekod tawaran sebelum ini
Periksa samaada tawaran pernah dibuka sebelum ini. Periksa juga jika pernah ada mana-mana pelajar yang ditaja oleh skim biasiswa tersebut. Kemungkinan biasiswa adalah biasiswa baru ataupun biasiswa palsu. Berhati-hati dan periksa dengan lebih teliti lagi.

3. Yuran permohonan
Jika pihak pengiklan tawaran biasiswa meminta bayaran untuk sebarang permohonan, berkemungkinan besar itu adalah biasiswa palsu. Mereka mungkin mendakwa bayaran perlu untuk memastikan pemohon yang serius sahaja, ataupun sebagai deposit yang akan dipulangkan semula. Usah mudah terpedaya dan jauhilah mereka. Amat pelik jika memerlukan wang untuk memberi wang. Pihak penaja yang ikhlas menaja biasiswa biasanya tidak akan mengenakan sebarang bayaran kepada pemohon.

4. Layanan kasar
Anda digalakkan menghubungi pihak penaja sebelum menghantar permohonan. Di samping mendapatkan maklumat lebih lanjut, anda berpeluang memeriksa penaja tersebut, samaada palsu ataupun benar. Jika anda menerima layanan yang kasar dan tidak sewajarnya, tidak perlulah membazir masa dan tenaga untuk menghantar permohonan lagi.

5. Siapa cepat dia dapat
Ada penaja biasiswa membuat tawaran 'siapa cepat dia dapat', bermakna siapa yang hantar dulu pasti akan berjaya mendapat biasiswa. Ini adalah salah satu taktik skim biasiswa palsu. Jadi, berhati-hatilah jika ternampak tawaran sebegini.

6. Pemberitahuan melalui telefon
Amat jarang pihak penaja memaklumkan tentang pemilihan calon tajaan kepada yang layak melalui telefon. Sebaliknya, cara yang biasa digunakan adalah melalui emel, surat rasmi disertai pengumuman di akhbar-akhbar atau laman web mereka. Oleh itu, sekiranya anda ada dimaklumkan bahawa anda dipilih untuk biasiswa, cuba periksa dahulu kesahihan berita tersebut di laman web penaja atau tunggu surat rasmi terlebih dahulu.

7. Semua orang layak
Jika ada penaja biasiswa yang meletakkan syarat-syarat kelayakan yang amat rendah dalam tawaran mereka seolah-olah semua orang layak memohon, berhati-hatilah. Pihak penaja biasiswa yang sebenar semestinya mengkehendaki calon-calon yang terbaik untuk ditaja. Meletakkan syarat-sayarat yang amat minimum akan menyusahkan mereka untuk memilih kerana permohonan yang terlalu banyak.

8. Syarikat baru ditubuhkan
Penaja biasiswa dari kalangan syarikat-syarikat swasta biasanya adalah organisasi-organisasi besar yang telah lama bertapak dan mempunyai kedudukan yang kukuh. Jarang untuk sebuah syarikat baru atau kecil untuk menawarkan biasiswa. Jika ada, harus berhati-hati dan periksa dahulu latarbelakang syarikat dan skim biasiswa yang ditawarkan.

9. Iklan yang meragukan
Sebarang unsur-unsur yang meragukan dalam iklan tawaran seperti nama penaja yang tidak diketahui, tarikh tutup tidak dinyatakan dan maklumat-maklumat yang mengelirukan adalah antara ciri-ciri skim biasiswa palsu.

10. Meminta maklumat tidak sepatutnya
Beberapa maklumat sulit, terutamanya nombor akaun bank dan kad ATM tidak seharusnya diberikan kepada pihak penaja sebelum anda disahkan mendapat biasiswa yang ditawarkan. Jika ada yang meminta lebih awal, selidiki mengapa dan untuk apa maklumat tersebut diperlukan. Jika jawapan yang diberikan adalah munasabah dan menyakinkan, bolehlah diberi maklmumat yang diminta. Jika tidak, berhati-hatilah.

Itulah saja beberapa ciri penting yang perlu diteliti untuk menentukan samaada tajaan biasiswa yang diiklankan adalah betul ataupun palsu. Mungkin kes-kes penipuan skim biasiswa tidak pernah didengari sepertimana penipuan lain contohnya skim cepat kaya dan skim pelaburan palsu, tetapi kemungkinan untuk berlaku tetap ada. Harus diingat, penjenayah sekarang semakin licik memperdaya mangsa. Mana tahu, jika anda tidak berhati-hati, andalah mangsa pertama untuk kes sebegini.

Klik di sini untuk mendapatkan senarai 57 biasiswa yang terdapat di Malaysia
 Klik di sini untuk review Kit Biasiswa

Syarat-syarat Asas Tawaran Biasiswa

Syarat-syarat Asas Tawaran Biasiswa


Memang tidak dinafikan, tawaran tajaan biasiswa amatlah sedikit jika dibandingkan dengan keseluruhan jumlah pelajar yang melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi. Oleh itu, persaingan untuk mendapatkan tajaan sangat sengit, terutamanya untuk biasiswa-biasiswa popular seperti biasiswa JPA, biasiswa Mara dan biasiswa Petronas. Kerana itulah, beberapa syarat asas telah diletakkan oleh setiap penaja untuk menapis calon-calon yang betul-betul layak dan memerlukan tajaan tersebut. Syarat-syarat yang diletakkan mungkin berbeza antara satu penaja dengan penaja yang lain. Namun, beberapa syarat umum yang biasanya di lihat adalah:

1. Kecemerlangan akademik
Mempunyai keputusan akademik yang cemerlang menjadi pra-syarat utama yang dilihat oleh para penaja untuk memilih calon yang sesuai. Lihatlah kepada mana-mana tawaran biasiswa, antara ayat-ayat yang sering terdapat dalam syarat-syarat permohonan adalah seperti "Mendapat minimum 7A dan semua A dalam matapelajaran teras SPM" ataupun "Mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.5 ke atas". Anda setuju? Jadi, pastikan anda sentiasa berusaha untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang supaya peluang anda untuk mendapatkan tajaan biasiswa terbaik terbuka luas.

2. Kegiatan kokurikulum
Walaupun ada penaja biasiswa yang tidak meletakkan syarat-syarat aktif kegiatan kokurikulum dalam tawaran mereka, tetapi hakikatnya perkara inilah yang sering dinilai selain daripada kecemerlangan akademik dalam memilih calon-calon tajaan. Kebolehan memimpin, sumbangan dan keterlibatan aktif dalam aktiviti-aktiviti persatuan, kelab atau kerja-kerja kemasyarakatan memberi impak yang besar ke atas penilaian seorang pelajar oleh penaja biasiswa. Pelajar yang cemerlang seharusnya cemerlang dalam kedua-dua bidang kurikulum dan kokurikulum, dan kriteria inilah yang dicari oleh penaja-penaja biasiswa.

3. Latarbelakang sosioekonomi
Sesetengah penaja turut melihat kepada latarbelakang keluarga atau sosioekonomi pemohon-pemohon sebelum memilih bakal calon tajaan. Contohnya seperti tempat tinggal samaada di bandar atau luar bandar, latabelakang pendidikan pemohon, pekerjaan ibubapa dan jumlah pendapatan mereka. Walaupun kriteria ini tidaklah signifikan dan tidak boleh diubah, namun turut memainkan peranan dalam penilaian ke atas pemohon. Tetapi, harus diingat, pemohon hendaklah mengisi dan memaklumkan maklumat-maklumat yang betul semasa memohon tajaan. Janganlah cuba untuk menyembunyikan sebarang maklumat. Jika tertangkap, anda mungkin akan disenaraihitamkan.

4. Anak kakitangan
Penaja-penaja biasiswa terutamanya syarikat-syarikat swasta mengutamakan pemohon-pemohon yang merupakan anak kepada kakitangan syarikat. Walaupun kedengaran seperti tidak adil, namun inilah cara syarikat tersebut menghargai sumbangan yang telah diberi oleh kakitangan mereka. Jadi, sekiranya ububapa anda bekerja dengan syarikat-syarikat yang ada menawarkan biasiswa, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan biasiswa tersebut. Bagi yang bukan anak kakitangan, tidaklah bermakna peluang anda tertutup terus. Anda masih boleh cuba memohon. Mana tahu, ada rezeki anda.

5. Sesi temuduga
Setelah menerima dan menyaring permohonan yang diterima, pihak penaja biasanya akan menyenaraipendekkan calon-calon yang berpotensi untuk dipanggil ke sesi temuduga. Sesi temuduga adalah berbeza-beza antara setiap penaja. Ada yang mengambil masa sehari sahaja, ada yang sehingga beberapa hari, ada yang melibatkan sesi soal jawab individu, ada yang melibatkan perbincangan kumpulan dan lain-lain. Pokoknya, adalah untuk menilai ketrampilan, karisma dan kebolehan calon-calon. Maklumlah, memilih calon tajaan adalah seumpama memilih potensi pekerja untuk penaja. Jadi, semestinya penaja akan mencari yang terbaik dari kalangan yang terbaik. Pencapaian calon semasa sesi temuduga adalah faktor yang paling penting dalam memastikan kejayaan mendapat biasiswa. Oleh itu, jika anda berjaya dipanggil untuk sesi temuduga, pastikan anda bersiap-sedia sepenuhnya. Jangan lupa untuk dapatkan panduan dan tips menghadiri temuduga biasiswa untuk membantu anda.

6. Kursus pengajian
Beberapa penaja telah menetapkan tajaan untuk pelajar-pelajar kursus-kursus tertentu sahaja. Sebagai contoh, bank-bank semestinya menawarkan tajaan untuk pelajar kursus berkaitan pengurusan kewangan, akaun dan perniagaan sahaja. Syarikat-syarikat minyak dan gas pula akan memilih calon-calon pengajian kursus berkaitan kejuruteraan. Manakala syarikat farmaseutikal akan lebih cenderung dengan calon-calon yang memilih kursus berkaitan farmasi dan sains. Jadi, pilihlah penaja-penaja yang sesuai dengan kursus yang anda ambil.

7. Lain-lain
Antara syarat-syarat lain yang mungkin diletakkan oleh penaja adalah seperti kewarganegaraan, taraf bumiputera, jantina, tempat pengajian, taraf kesihatan dan beberapa sijil pencapaian yang perlu diperoleh oleh bakal-bakal pemohon. Jadi, telitilah betul-betul syarat-syarat yang diletakkan agar anda memilih biasiswa yang sesuai dengan anda.

Klik di sini untuk mendapatkan senarai 57 biasiswa yang terdapat di Malaysia
 Klik di sini untuk review Kit Biasiswa

Perbezaan Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran

Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran


Apabila melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi, bagi pelajar yang tidak berkemampuan, pastinya mengharapkan biasiswa sebagai bantuan kewangan. Antara biasiswa popular yang menjadi idaman mahasiswa adalah biasiswa JPA dan biasiswa Mara. Namun, oleh kerana kuota yang terhad, hanya pelajar berkelayakan sahaja yang terpilih. Bagi yang gagal, pinjaman pelajaran menjadi pilihan. Hakikatnya, masih banyak lagi biasiswa-biasiswa 'low profile' yang ada ditawarkan di Malaysia yang boleh dimohon oleh para pelajar. Tetapi, oleh kerana tidak tahu, ramai yang memilih mengambil pinjaman seperti pinjaman PTPTN dan pinjaman Mara, malah ada yang mengambil pinjaman dengan bank-bank. Amatlah rugi bagi mereka yang terlepas memohon mendapatkan biasiswa.

Adakah anda tahu kelebihan-kelebihan mendapatkan biasiswa?

1. Bantuan kewangan percuma
Inilah kelebihan yang paling signifikan bagi biasiswa berbanding pinjaman pelajaran. Bantuan tajaan biasiswa yang diberi adalah percuma selagi pelajar memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam kontrak biasiswa. Berbanding dengan pinjaman yang mana pelajar akan dikehendaki mebayar bantuan kewangan yang diberi sebaik sahaja menamatkan pengajian. Bayangkan, jika anda ditaja dengan pinjaman pelajaran, sebaik sahaja tamat pengajian, anda telahpun menanggung beban hutang yang banyak. Lebih teruk lagi, bagi pinjaman yang mempunyai kadar faedah tertentu, kelewatan membayar balik pinjaman akan menyebabkan jumlah yang perlu dibayar menjadi semakin tinggi, kadang-kadang mencapai jumlah yang tidak munasabah. Bagaimana untuk membayar hutang tersebut jika selepas pangajian masih belum mendapat pekerjaan? Kesimpulannya, berusahalah untuk layak dan memohon biasiswa bagi meneruskan pengajian di peringkat tinggi.

2. Bantuan kewangan yang lebih tinggi
Kebiasaannya, bantuan yang diberikan oleh penaja-penaja biasiswa akan meliputi bayaran yuran dan bantuan sara hidup, dan jumlahnya adalah lebih besar jika dibandingkan dengan pinjaman pelajaran. Saya masih teringat di waktu belajar dulu, seorang rakan merungut kerana pinjaman yang diperolehinya adalah sedikit dan tidak cukup untuk menampung perbelanjaan beliau. Seorang rakan lain pula mengatakan yang saya ini beruntung, kerana mendapat tajaan biasiswa yang percuma dengan jumlah yang besar. Realitinya memang sbegitu, kerana organisasi yang memberi pinjaman biasanya tidak akan memberi pinjaman dalam jumlah yang terlalu tinggi, dibimbangi pelajar akan dibebani dengan jumlah hutang yang tinggi dan tidak mampu membayarnya kelak.

3. Kontrak kerja
Sesetengah penaja biasiswa mengkehendaki pelajar yang ditaja untuk menndatangani kontrak kerja dengan organisasi penaja selepas tamat pengajian kelak. Ini adalah situasi menang-menang antara penaja dan yang ditaja. Bukankah ini sesuatu yang baik? Pada masa-masa sekarang yang mana persaingan mendapatkan kerja amatlah tinggi, mempunyai jaminan pekerjaan sebelum menamatkan pengajian pastinya melegakan. Memang sangat beruntung bagi mereka yang mendapat tajaan biasiswa.

4. Kursus, seminar dan aktiviti-aktiviti menarik
Semasa saya di universiti dulu, ada seorang rakan yang mendapat tajaan daripada sebuah syarikat swasta. Menariknya, selain daripada jumlah tajaan yang lebih tinggi berbanding saya yang mendapat tajaan biasiswa JPA, beliau kadang-kadang diundang menghadiri seminar, kursus dan aktiviti-aktiviti lain yang menarik di tempat-tempat yang menarik oleh penaja beliau. Memang beliau menjadi bahan cemburu rakan-rakan yang lain. ada beberapa penaja sering mengadakan aktiviti-aktiviti menarik untuk pelajar-pelajar tajaan mereka. Selain menambah motivasi para pelajar, aktiviti-aktiviti sebegini membolehkan pelajar-pelajar tajaan dari universiti-universiti yang berbeza untuk saling kenal-mengenali. Seronokkan?

Itulah serba-sedikit kelebihan mendapatkan biasiswa berbanding pinjaman pelajaran. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk memohon mendapatkan biasiswa. Hantarlah permohonan anda kepada sebanyak mungkin penaja berpotensi supaya peluang anda mendapat biasiswa adalah cerah.

Klik di sini untuk mendapatkan senarai 57 biasiswa yang terdapat di Malaysia
 Klik di sini untuk review Kit Biasiswa

Cerita Tentang Biasiswa

Cerita Tentang Biasiswa

Lantaran kos pengajian yang tinggi, tidak dapat dinafikan bahawa duit menjadi keperluan utama bagi seseorang yang ingin belajar untuk memajukan dirinya. Jika anda tidak mampu menampung perbelanjaan mendapatkan pendidikan, anda akan kehilangan peluang untuk meningkatkan dan menonjilkan potensi diri anda secara optimum. Ini secara tidak langsung akan memberi kesan kepada komuniti. Anda mungkin mempunyai skil-skil yang boleh disumbangkan kepada pembangunan negara, tetapi malangnya, tidak mendapat peluang untuk meningkatkan lagi potensi tersebut. Oleh kerana itu, amatlah penting untuk anda mencari jalan untuk meningkatkan potensi dan memajukan diri sendiri ke tahap setinggi mungkin. Usah jadikan masalah kewangan sebagai penghalang, kerana ada jalan penyelesaiannya, iaitu biasiswa.

Biasiswa boleh menyediakan sumber bantuan kewangan kepada seseorang yang berkelayakan samaada kerana bakat semulajadinya, ataupun kesungguhannya mengerah keringat mencapai kejayaan. Dalam kebanyakan kes, seseorang itu mempunyai kedua-duanya; bakat dan kesungguhan, dan individu-individu seperti inilah mempunyai peluang yang cerah untuk terpilih sebagai pemegang biasiswa. Seterusnya, mereka berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi untuk menyerlahkan lagi potensi bakat dan kesungguhan mereka. Sebagai seorang yang inginkan kejayaan, adalah satu kelebihan jika anda  mempunyai kedua-dua bakat dan kesungguhan.

Biasiswa adalah satu bentuk bantuan kewangan yang diberikan kepada para pelajar yang layak, samaada mereka memohon ataupun dipilih berasaskan kelayakan mereka. Pakej biasiswa boleh meliputi sumbangan bayaran yuran pengajian dan bantuan sara hidup, yuran pengajian sahaja ataupun sebahagian yuran pengajian sahaja. Ini bergantung kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak penaja. Di samping itu, dari segi masa tajaan, biasiswa mungkin akan dibayar sepanjang tempoh pengajian ataupun untuk beberapa tempoh masa tertentu sahaja. Tempoh tajaan ini sangat bergantung kepada pematuhan syarat-syarat yang ditetapkan dan keputusan semasa para pelajar. Para pelajar mungkin akan dikehendaki untuk mencapai CGPA tertentu untuk memastikan biasiswa terus diberi.

Sesiapa sahaja boleh memohon biasiswa, selagi mana anda memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Borang permohonan biasiswa yang dikeluarkan pihak penaja kebiasaannya agak kompleks dan boleh mengambil masa yang lama untuk diisi sebaik-baiknya. Sedikit kesalahan dalam mengisi borang permohonan biasiswa boleh menyebabkan permohonan ditolak, jadi amatlah penting untuk anda membaca dan mematuhi semua arahan pengisian yang dinyatakan. Anda harus ingat bahawa ada beribu-ribu orang yang menghantar permohonan untuk setiap jenis biasiswa, jadi anda seharusnya menghantar permohonan yang boleh menarik perhatian pihak penaja.

Perkara utama yang harus diingat dalam menyediakan permohonan biasiswa adalah jangan menipu! Sila berikan segala maklumat yang diminta dengan betul dan disokong bukti. Jika pihak penaja biasiswa mendapat tahu bahawa anda memberi maklumat-maklumat palsu, permohonan anda boleh dibatalkan. Pastikan anda jujur dan nyatakan pencapaian dan kebolehan anda dengan sebaik-baiknya. Anda boleh memohon biasiswa kepada beberapa penaja untuk mengelakkan risiko meletakkan telur dalam satu bakul. Permohonan-permohonan lain akan menjadi pelan bantuan tambahan jika biasiswa yang anda tidak berjaya mendapat biasiswa yang diidam-idamkan. Apabila berkaitan dengan pengajian dan biasiswa, mempunyai pelan bantuan tambahan adalah sesuatu yang baik.

Mendapatkan biasiswa akan menjadi sukar diperoleh jika anda tiada pengalaman dan tidak mempunyai perancangan yang baik. Oleh itu, adalah penting untuk anda memahami keseluruhan syarat skim biasiswa yang ditawarkan dan merancang dengan baik tindakan-tindakan yang perlu dilakukan. Perancangan yang rapi akan memastikan permohonan biasiswa anda dihantar dengan baik sekaligus meningkatkan peluang dipilih sebagai pemegang biasiswa. Ingatlah, biasiswa amatlah penting untuk membantu anda meneruskan pengajian di peringkat tertinggi dan menjadi tanggungjawab anda untuk berusaha mendapatkan biasiswa yang sesuai demi menjamin masa depan anda.

Klik di sini untuk mendapatkan senarai 57 biasiswa yang terdapat di Malaysia
 Klik di sini untuk review Kit Biasiswa

Biasiswa, Pinjaman Pelajaran dan Dermasiswa



Biasiswa
Biasiswa (scholarship) biasanya merujuk kepada bantuan kewangan penuh yang meliputi bayaran yuran dan sara hidup yang diberikan oleh penaja kepada mana-mana individu yang berkelayakan dan terpilih untuk meneruskan pengajian di peringkat tertinggi. Antara biasiswa yang popular di Malaysia adalah biasiswa JPA, biasiswa Mara dan biaiswa Petronas. Sesetengah penaja akan mengikat kontrak dengan pelajar yang ditaja, maka pelajar tersebut akan dikehendaki berkhidmat dengan organisasi tersebut setelah tamat pengajian nanti. Namun, ada juga yang tidak mengikat sebarang kontrak atau menghendaki pelajar berkhidmat dengan mereka selepas tamat tempoh tajaan.

Pinjaman Pelajaran
Bagi para pelajar yang tidak mendapat sebarang tajaan biasiswa dan tidak mampu menampung sendiri perbelanjaan pengajian, pinjaman pelajaran (student loan) menjadi pilihan. Sama seperti biasiswa, pinjaman pelajaran juga merupakan bantuan kewangan yang diberikan oleh sesebuah organisasi kepada para pelajar untuk meneruskan pengajian. Tetapi, pelajar dikehendaki membayar semula tajaan yang diberikan apabila tamat pengajian nanti. Jumlah yang perlu dibayar mungkin sama dengan yang ditaja, atau mungkin lebih tinggi disebabkan kadar faedah yang dikenakan.

Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah
Dari segi tajaan, pinjaman pelajaran boleh ubah adalah sama seperti pinjaman pelajaran. Kontrak tajaan adalah kontrak pinjaman, bermakna pelajar perlu membayar semula jumlah tajaan selepas tamat belajar. Bezanya, pinjaman pelajaran boleh ubah akan ditukar menjadi biasiswa jika pelajar berjaya mendapat keputusan yang cemerlang seperti yang ditetapkan oleh penaja. Pinjaman akan ditukar menjadi biasiswa penuh, ataupun biasiswa separa bergantung kepada keputusan yang diperoleh.

Dermasiswa
Dermasiswa, ataupun 'bursary' dalam bahasa Inggeris adalah sebentuk bantuan kewangan yang diberikan oleh sesebuah organisasi secara sukarela kepada para pelajar yang layak. Kelayakan pelajar tajaan biasanya tidak dinilai berdasarkan kecemerlangan, tetapi lebih kepada sudut kewangan keluarga pelajar tersebut. Dermasiswa boleh diibaratkan sebagai tanggungjawab sosial organisasi syarikat kepada komuniti.

Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tajaan mana yang memberi biasiswa, pinjaman pelajaran, pinjaman boleh ubah dan dermasiswa, dapatkan Kit Biasiswa versi penuh sekarang juga. Anda tidak perlu bersusah payah lagi untuk tercari-cari maklumat seperti ini di internet. Kami telah memudahkan urusan anda.

Klik di sini untuk mendapatkan senarai 57 biasiswa yang terdapat di Malaysia
 Klik di sini untuk review Kit Biasiswa

Siapa Patut Baca Kit Biasiswa?

Siapa Patut Baca Kit Biasiswa

Saya yakin, mesti ada para pembaca yang tertanya-tanya, siapa yang sesuai memiliki Kit Biasiswa. Mestilah, kadang-kadang kita akan terfikir samaada sesuatu produk itu sesuai atau tidak untuk kita miliki, untuk mengelakkan kerugian dengan membelanjakan wang membeli produk tersebut. Baiklah, kali ini saya akan menyarankan beberapa golongan yang sesuai dan seharusnya memiliki Kit Biasiswa.

1. Pelajar sekolah dan lepasan SPM
Untuk pelajar-pelajar lepasan SPM, peluang anda untuk menyambung pelajaran ke luar negara amatlah luas. Selain daripada tajaan biasiswa JPA dan biasiswa Mara, dengan mendapat tajaan daripada penaja-penaja lain yang sesuai, anda berpeluang mengikuti Kelas Persediaan di beberapa buah kolej di Malaysia sebelum dihantar ke universiti-universiti luar negara. Amatlah rugi sekiranya para pelajar lepasan SPM terlepas merebut peluang sebegini. Peluang sebegini biasanya eksklusif dibuka untuk pelajar lepasan SPM, dan hanya sedikit untuk pelajar lepasan matrikulasi ataupun diploma. Oleh itu,amatlah penting bagi seorang pelajar sekolah atau lepasan SPM untuk mendapatkan Kit Biasiswa supaya mereka dapat bersedia lebih awal untuk merebut biasiswa-biasiswa yang ditawarkan.

2. Pelajar lepasan STPM, diploma dan matrikulasi
Pelajar-pelajar lepasan STPM, diploma dan matrikulasi yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda seharusnya sedar bahawa kos pengajian di peringkat ini tersangatlah tinggi. Jika tidak mendapatkan sebarang tajaan biasiswa atau pinjaman pelajaran, amatlah sukar untuk meneruskan pengajian, kecuali anda atau keluarga anda adalah daripada golongan kaya. Maka, bakal mahasiswa mahasiswi ini digalakkan untuk mendapatkan Kit Biasiswa untuk mengetahui dan seterusnya tajaan-tajaan yang sesuai untuk mereka. Jangan sampai nanti anda rasa cemburu melihat rakan-rakan lain yang mendapat tajaan yang baik, manakala anda pula tidak ditaja mana-mana penaja akibat anda tidak tahu berkenaan biasiswa-biasiswa yang ada di Malaysia. Harus diingat, persaingan mendapatkan biasiswa adalah sangat sengit, dan sekiranya anda tidak bersedia dengan awal, anda mungkin akan terlepas.

3. Mahasiswa peringkat Sarjana Muda
Ada pelajar yang telah pun memulakan pengajian di peringkat Sarjana Muda beranggapan yang peluang mereka untuk mendapat mana-mana tajaan biasiswa telahpun tertutup. Ini sememangnya anggapan yang salah. Walhal, terdapat beberapa penaja biasiswa membuat tawaran khas untuk para pelajar yang sedang mengikuti pengajian. Biasanya, antara syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk memohon biasiswa sebegini adalah mendapat markah CGPA yang baik untuk semester sebelumnya, dan aktif dalam aktiviti kokurikulum. Jadi, sekiranya anda adalah seorang mahasiswa Sarjana Muda, terutamanya yang masih di tahun 1 atau ke 2 pengajian, jangan lepaskan peluang mendapatkan Kit Biasiswa untuk mengetahui biasiswa-biasiswa yang khas untuk anda mohon.

4. Ibubapa
Sebagai seorang ibubapa, melihat kejayaan anak-anak adalah kepuasan yang paling hakiki. Namun, apabila keadaan kewangan mendesak, mungkin akan rasa terkilan sekiranya tidak dapat membantu anak-anak mendapatkan pendidikan yang terbaik di peringkat tertinggi. Kerana itulah, amatlah penting para ibubapa untuk mendapatkan Kit Biasiswa, sebagai satu usaha untuk membantu anak-anak mendapatkan biasiswa dan seterusnya mengejar cita-cita mereka untuk mendapat pendidikan yang sempurna. Selain daripada mendapatkan bantuan biasiswa jpa, biasiswa Mara, pinjaman PTPTN dan pinjaman Mara, ibubapa dapat membantu anak-anak mendapatkan tajaan daripada beberapa penaja yang lain.

5. Guru-guru, pensyarah-pensyarah dan pentadbir universiti/kolej
Selain daripada ibubapa, guru-guru di sekolah, ataupun pensyarah-pensyarah dan pihak pentadbir universiti/kolej sering menjadi tempat rujukan para pelajar dan mahasiswa untuk mendapatkan nasihat dan panduan berkenaan bantuan kewangan pendidikan. Demi membantu para pelajar dan mahasiswa yang datang bertanya, seharusnya Kit Biasiswa menjadi salah satu bahan rujukan yang seharusnya dimiliki.

Itulah golongan-golongan yang sesuai untuk mendapatkan Kit Biasiswa ini.

Adakah anda tergolong dalam kalangan mana-mana golongan di atas? Jika ya, ayuh, dapatkan kit ini segera! Usah risau dengan pelaburan anda. Sekiranya tidak berpuas hati, anda boleh menuntut kembali wang anda dalam tempoh jaminan 30 hari yang diberikan.


Klik di sini untuk melihat ulasan lengkap Kit Biasiswa
Klik di sini untuk melihat bonus-bonus tambahan Kit Biasiswa
Klik di sini untuk melihat testimoni para pembaca Kit Biasiswa

Testimoni Pembaca Kit Biasiswa

Testimoni Pembaca Kit Biasiswa

Ini adalah testimoni saya untuk Kit Biasiswa:
"Selepas SPM, walaupun saya mendapat keputusan yang cemerlang dan dinobatkan sebagai salah seorang pelajar cemerlang (top 3), namun saya tidak mendapat sebarang tajaan untuk melanjutkan pelajaran ke mana-mana universiti luar negara yang menjadi idaman ramai rakan sekelas pada waktu itu. Walhal, ada rakan-rakan yang mendapat keputusan lebih rendah daripada saya, tetapi mendapat tajaan biasiswa JPA untuk ke United Kingdom dan Jepun. Ada juga rakan yang mendapat tajaan biasiswa TNB dan berpeluang belajar di Amerika Syarikat. Seorang rakan yang lain mendapat peluang ke Perancis, menyambung pelajaran sehingga ke peringkat Sarjana. Beruntungnya mereka mendapat peluang sebegitu, sedangkan saya hanya terdampar di sini.

Mengapa saya tidak mendapat sebarang tajaan? Ini kerana saya sebenarnya memang tidak tahu berkenaan tawaran biasiswa-biasiswa tersebut, Yang saya tahu hanyalah biasiswa JPA, itupun selepas tarikh permohonan ditutup. Memang malang.

Saya tidak salahkan sesiapa, memang salah saya sendiri yang tidak tahu.

Mujurlah semasa menyambung pengajian di peringkat Sarjana Muda di sebuah universiti tempatan, saya mendapat tajaan biasiswa JPA.

Tetapi, sekarang, para pelajar memang beruntung. Dengan adanya Kit Biasiswa, para pelajar dengan mudahnya mendapat akses kepada 57 jenis tajaan yang berbeza. Maklumat yang disusun pula memang ringkas, padat dan teratur. Alasan terlepas biasiswa kerana tidak tahu tidak boleh diterima lagi.

Jadi, jangan jadi seperti saya. Ayuh, dapatkan kit ini segera! Usah risau dengan pelaburan anda. Sekiranya tidak berpuas hati, anda boleh menuntut kembali wang anda dalam tempoh jaminan 30 hari yang diberikan."

Ini pula adalah beberapa testimoni yang diambil dari laman web Kit Biasiswa:






Jadi, jangan berlengah lagi. Ramai telah mendapat manfaat dengan Kit Biasiswa. Dapatkannya segera.


Klik di sini untuk melihat ulasan lengkap Kit Biasiswa
Klik di sini untuk melihat bonus-bonus tambahan Kit Biasiswa

Bonus Kit Biasiswa

Kelebihan dan Bonus-bonus Tambahan Kit Biasiswa

Kit Biasiswa menyenaraikan sehingga 57 senarai tajaan yang terdapat di Malaysia yang boleh dimohon oleh bakal dan para pelajar untuk membantu mereka meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Senarai yang terdapat di dalam Kit Biasiswa meliputi tajaan-tajaan yang ditawarkan oleh pihak kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, pihak swasta dan bank-bank terkemuka sebagai tanggungjawab sosial mereka ke atas rakyat Malaysia. Antara kelebihan mendapatkan Kit Biasiswa adalah:

1. Mendapat akses kepada 57 senarai tajaan pendidikan yang ada - Mungkin anda sudah biasa terdengar tentang biasiswa JPA, biasiswa Mara, biasiswa Petronas, pinjaman PTPTN dan pinjaman Mara. Tetapi, dengan adanya Kit Biasiswa, pembaca akan didedahkan kepada beberapa lagi tajaan biasiswa dan pinjaman 'low profile' yang hebat. Jadi, para pembaca akan mendapat lebih peluang kerana mengetahui tentang tajaan-tajaan 'low profile' ini.

2. Menjimatkan masa - Pembaca Kit Biasiswa dapat menjimatkan masa dari segi mencari biasiswa-biasiswa yang terdapat di Malaysia. Para pembaca tidak perlu meluangkan masa yang banyak melayari internet ataupun membaca iklan-iklan suratkhabar untuk mencari maklumat berkaitan biasiswa. Dengan Kit Biasiswa, hampir semua senarai tajaan terhidang di depan mata. Masa yang dijimatkan ini dapat digunakan untuk menyediakan permohonan mendapatkan tajaan-tajaan yang sesuai.

3. Mendapat tarikh ramalan tawaran permohonan - Dengan mengetahui lebih awal tarikh ramalan tawaran, para pembaca boleh merancang dan bersedia lebih awal untuk membuat permohonan. Walaupun tarikh ramalan mungkin berubah, sekurang-kurangnya para pembaca boleh 'alert' dengan sebarang perubahan. Melalui pautan laman web yang disediakan untuk setiap tajaan dalam Kit Biasiswa, pembaca-pembaca boleh melayari laman-laman web tersebut dengan mudah dan pantas untuk mendapatkan tarikh tawaran biasiswa yang lebih tepat. Hanya sedikit kajian minimum yang perlu dilakukan. Sungguh mudah.

4. Mendapat kemaskini secara percuma - Mungkin ada yang berkata, rugilah jika beli sekarang, kerana maklumat yang ada dalam Kit Biasiswa akan ketinggalan zaman selepas beberapa tahun. Usah bimbang. Penulis Kit Biasiswa akan menghantar sebarang kemaskini melalui emel pembeli setiap kali ada sebarang perubahan baru. Di samping itu juga, penambahan tajaan-tajaan baru yang tidak terdapat dalam Kit Biasiswa turut akan diberikan. Saya sendiri pun ada mendapat kemaskini yang dijanjikan.

5. Mendapat bonus-bonus tambahan - Beberapa bonus-bonus tambahan disediakan untuk membantu dari segi kesiap-siagaan para pembaca untuk memohon biasiswa.

Antara bonus-bonus percuma yang diberikan bersama-sama Kit Biasiswa adalah:

1. Tips Permohonan Biasiswa - Bonus ini mengandungi beberapa tips untuk membantu para pembaca menyiapkan diri untuk memohon biasiswa. Tips meliputi perancangan memohon biasiswa, penyediaan dokumen-dokumen penting, resume dan juga surat sokongan. Persediaan yang rapi akan membantu para pemohon mengelakkan kelam-kabut dan tidak tertinggal dokumen-dokumen penting untuk dihantar bersama-sama borang permohonan nanti.

2. Koleksi Soalan Temuduga - Kebanyakan penaja biasiswa akan memanggil para pemohon untuk menjalani sesi temuduga sebelum memilih calon yang betul-betul layak untuk ditaja. Bonus Koleksi Soalan Temuduga menyediakan soalan-soalan yang sering ditanya ketika sesi temuduga tersebut. Para pembaca digalakkan mencari jawapan tersendiri yang unik dan kreatif kepada setiap soalan yang disenaraikan. Ini akan membantu anda ketika sesi temuduga nanti.

3. Koleksi Surat Permohonan Biasiswa - Beberapa penaja biasiswa tidak menyediakan borang permohonan, sebaliknya meminta para pemohon untuk membuat surat permohonan sendiri yang perlu dihantar bersama-sama surat sokongan dan beberapa dokumen penting. Perkara ini akan dinyatakan dalam iklan tawaran penaja terbabit. Tujuannya untuk menilai profesionalisma pemohon dari segi penyediaan surat permohonan. Bonus Koleksi Surat Permohonan Biasiswa dapat membantu para pemohon dengan menyediakan beberapa surat contoh yang disediakan secara profesional. Surat-surat contoh ini merangkumi surat permohonan dan surat rayuan (jika permohonan awal ditolak) yang disediakan dalam Bahasa Melayu dan juga Inggeris.

4. Perisian Project Planner - Kehidupan seharian seorang mahasiswa sememangnya sibuk; perlu menghadiri kuliah, melakukan tugasan 'assignment' dan juga melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum seperti seminar, bengkel, lawatan dan juga kerja-kerja komuniti. Perisian Project Planner adalah 'planner' versi digital yang dapat membantu para pelajar menyusun projek dan program yang dijalani dengan lebih baik. Perisian ini juga dapat membantu para pembaca Kit Biasiswa merancang untuk memohon biasiswa-biasiswa yang ada berdasarkan tarikh-tarikh ramalan yang diberikan.

5. Kamus Digital - Perisian Kamus Digital yang diberikan boleh diguna untuk membantu mencari maksud berkenaan sesuatu perkataan Inggeris.

Jika anda rasakan ingin memiliki kesemua bonus ini secara percuma, ayuh, dapatkan kit ini segera! Usah risau dengan pelaburan anda. Sekiranya tidak berpuas hati, anda boleh menuntut kembali wang anda dalam tempoh jaminan 30 hari yang diberikan.


Klik di sini untuk melihat ulasan lengkap Kit Biasiswa
Klik di sini untuk melihat testimoni para pembaca Kit Biasiswa

Ulasan Lengkap Kit Biasiswa

Review Lengkap Kit Biasiswa

Kit Biasiswa adalah sebuah pakej yang menyenaraikan biasiswa-biasiswa pendidikan dan pinjaman-pinjaman pelajaran 'low profile' yang turut ditawarkan di Malaysia selain daripada yang biasa dikenali seperti biasiswa JPA, biasiswa Mara, biasiswa Petronas dan pinjaman Mara. Kit ini akan memudahkan bakal dan para pelajar institut pendidikan tinggi untuk mendapat akses kepada biasiswa-biasiswa dan pinjaman-pinjaman tersebut. Saya menjumpai kit ini tatkala ditanya oleh beberapa orang pelajar yang sedang menjalani latihan praktikal di tempat saya bekerja berkenaan biasiswa-biasiswa yang sesuai untuk membantu mereka melanjutkan pelajaran di universiti-universiti tempatan. Oleh kerana saya adalah seorang bekas pelajar sebuah universiti tempatan yang mendapat tajaan biasiswa JPA, saya menjadi tempat rujukan mereka. Atas dasar ingin membantu, pencarian saya berkenaan biasiswa-biasiswa di Malaysia membawa kepada penemuan Kit Biasiswa ini.


Kit Biasiswa dibahagikan kepada 4 kit, iaitu Kit Biasiswa Awam, Kit Biasiswa Negeri, Kit Biasiswa Swasta dan Kit Biasiswa Bank. Setiap kit ini menyenaraikan jenis-jenis biasiswa pendidikan dan pinjaman pelajaran yang berbeza; kebanyakannya adalah untuk peringkat Diploma dan Sarjana Muda. Secara realitinya, para pelajar di kedua-dua peringkat inilah yang paling memerlukan bantuan kewangan disebabkan persaingan yang sengit untuk mendapatkan biasiswa. Berbeza dengan pelajar-pelajar peringkat Sarjana dan Ph.D yang mana mereka mudah mendapat biasiswa disebabkan persaingan yang sedikit. Malahan, mereka amat mudah untuk mendapatkan biasiswa daripada universiti-universiti dan syarikat-syarikat besar. Oleh itu, amatlah penting untuk bakal dan para pelajar peringkat Diploma dan Sarjana Muda untuk mengambil tahu tentang peluang-peluang bantuan pendidikan yang ada untuk memudahkan kehidupan mereka sebagai seorang mahasiswa.

Kit yang pertama, iaitu Kit Biasiswa Awam menyenaraikan biasiswa-biasiswa dan pinjaman-pinjaman daripada kerajaan Persekutuan dan agensi-agensi kementerian dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti biasiswa JPA dan pinjaman Mara. Sebanyak 15 jenis tajaan disenaraikan di dalam kit yang pertama ini. Kit yang kedua, iaitu Kit Biasiswa Negeri menyenaraikan 19 tawaran biasiswa dan pinjaman pelajaran yang ditawarkan kerajaan-kerajaan negeri melalui yayasan masing-masing dan juga beberapa pusat zakat negeri. Kit Biasiswa Swasta pula menyenaraikan sehingga 16 jenis tajaan yang boleh dimohon daripada beberapa buah syarikat swasta terkemuka di Malaysia, contohnya biasiswa Petronas dan biasiswa Telekom. Kit yang terakhir, iaitu Kit Biasiswa Bank mengandungi 8 biasiswa hebat yang ditawarkan oleh bank-bank di Malaysia. Keseluruhannya, sebanyak 58 senarai biasiswa dan pinjaman pelajaran dinyatakan dalam Kit Biasiswa versi 3.0 tahun 2012 ini. Senarai ini akan sentiasa dikemaskini dan ditambah dari semasa ke semasa yang mana akan diberikan secara percuma kepada para pembeli Kit Biasiswa.

Di sini, saya paparkan 'screenshot' isi kandungan Kit Biasiswa. Sebenarnya, anda juga berpeluang mendapatkan beberapa contoh kandungan kit ini jika anda memasukkan nama dan alamat emel anda di laman web Kit Biasiswa. Di samping itu, anda juga akan mendapat beberapa informasi menarik berkenaan biasiswa, pinjaman pelajaran dan kehidupan kampus (campus life) melalui emel anda selepas memasukkan nama dan emel anda di laman web tersebut.


Jika dilihat pada screenshot di atas, secara umumnya, setiap jenis tajaan yang disenaraikan dalam Kit Biasiswa akan mengandungi maklumat-maklumat yang berikut:
1. Nama tajaan, penaja dan peringkat tajaan
2. Pengenalan ringkas - Penerangan pendek berkenaan ciri-ciri tawaran bantuan yang disenaraikan memberi gambaran awal samaada tawaran itu adalah biasiswa, pinjaman pelajaran ataupun pinjaman bolehubah. Maklumat yang paling penting di ruangan ini adalah berkenaan golongan sasar siapa yang sepatutnya memohon bantuan tersebut.
3. Jenis tajaan - Dinyatakan samaada tawaran tersebut adalah biasiswa, pinjaman pelajaran ataupun pinjaman bolehubah. Setiap jenis tajaan adalah berbeza dari segi syarat-syarat tajaan, kontrak dan bayaran balik (jika ada).
4. Syarat asas tajaan - Syarat-syarat asas yang perlu dipenuhi dinyatakan untuk membantu para pembaca memilih tajaan-tajaan yang sesuai dengan kelayakan mereka sebelum membuat permohonan. Harus diingat, walaupun anda tidak memenuhi sepenuhnya syarat-syarat yang dinyatakan, tidak salah untuk anda cuba memohon tajaan tersebut. Siapa tahu, rezeki anda mungkin ada.
5. Ramalan waktu tajaan dibuka/ditutup - Bahagian ini adalah yang paling penting di dalam kit ini. Untuk versi 3.0 tahun 2012, ramalan ini adalah untuk tahun 2013 dan berdasarkan kepada tarikh tawaran dibuka pada tahun-tahun lepas. Kemaskini berkenaan ramalan setiap tahun akan diberikan secara percuma kepada semua pembeli Kit Biasiswa. Oleh itu, walaupun anda membeli pada tahun ini, anda masih akan mendapat tarikh-tarikh ramalan pada tahun-tahun akan datang secara percuma.
6. Keterangan lanjut - Ruangan ini mengandungi maklumat untuk menghubungi penaja; nombor telefon, emel dan laman web. Maklumat-maklumat ini memudahkan para pembaca boleh mendapatkan maklumat lanjut, borang permohonan dan memohon tajaan melalui link yang diberikan.

Secara peribadi, saya menyifatkan bahawa kit ini adalah sesuatu yang berbaloi untuk dimiliki oleh sesiapa yang ingin tahu dan mencari peluang untuk mendapatkan tajaan-tajaan pendidikan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi samaada di dalam ataupun luar negara. Maklumat-maklumat yang diberikan, walaupun ringkas, tetapi cukup untuk mendedahkan kepada para pembaca berkenaan tajaan-tajaan yang ada yang kebanyakannya tidak diketahui oleh orang ramai. Penulis Kit Biasiswa mungkin akan menambah lagi beberapa jenis tajaan yang masih belum disenaraikan di dalam Kit Biasiswa ini. Amatlah rugi jika anda terlepas peluang memohon bantuan tajaan pendidikan akibat anda tidak tahu berkenaan tajaan-tajaan 'rahsia' ini. Kit Biasiswa tidaklah menjamin bahawa anada akan mendapat tajaan-tajaan yang disenaraikan. Kit ini cuma membuka jalan untuk anda berusaha dan memohon tajaan-tajaan yang sesuai dengan anda. Kejayaan mendapatkan biasiswa adalah atas usaha dan ikhtiar anda sendiri. Jalan telah dibuka, hanya menunggu anda untuk melaluinya.

Akhir kata, saya memberikan markah 9/10 bintang untuk produk ini. Syabas kepada penulis Kit Biasiswa atas penghasilan produk ini yang akan membantu ramai bakal dan para pelajar. Ayuh, dapatkan kit ini segera! Usah risau dengan pelaburan anda. Sekiranya tidak berpuas hati, anda boleh menuntut kembali wang anda dalam tempoh jaminan 30 hari yang diberikan.

Terima kasih.


Klik di sini untuk melihat bonus-bonus tambahan Kit Biasiswa
Klik di sini untuk melihat testimoni para pembaca Kit Biasiswa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang Blog

Blog ini bertujuan memberi panduan dan tips berkaitan biasiswa dan pinjaman pelajaran. Sebarang komen, cadangan dan pertanyaan boleh diemel ke mysohojob[at]gmail.com (gantikan [at] dengan @)

Kit Biasiswa

Iklan Premium

Kit Biasiswa

Iklan Premium

Entri Popular

Kit Biasiswa

Senarai Agensi Kerajaan

Kerjaya Swasta

Rahsia Resume Kerja

Rahsia Temuduga Kerajaan

loading...

Pautan Luar

BlogMalaysia.com