Biasiswa Pelajaran | Pinjaman Pelajaran | Dermasiswa

Ulasan Lengkap Kit Biasiswa

Review Lengkap Kit Biasiswa

Kit Biasiswa adalah sebuah pakej yang menyenaraikan biasiswa-biasiswa pendidikan dan pinjaman-pinjaman pelajaran 'low profile' yang turut ditawarkan di Malaysia selain daripada yang biasa dikenali seperti biasiswa JPA, biasiswa Mara, biasiswa Petronas dan pinjaman Mara. Kit ini akan memudahkan bakal dan para pelajar institut pendidikan tinggi untuk mendapat akses kepada biasiswa-biasiswa dan pinjaman-pinjaman tersebut. Saya menjumpai kit ini tatkala ditanya oleh beberapa orang pelajar yang sedang menjalani latihan praktikal di tempat saya bekerja berkenaan biasiswa-biasiswa yang sesuai untuk membantu mereka melanjutkan pelajaran di universiti-universiti tempatan. Oleh kerana saya adalah seorang bekas pelajar sebuah universiti tempatan yang mendapat tajaan biasiswa JPA, saya menjadi tempat rujukan mereka. Atas dasar ingin membantu, pencarian saya berkenaan biasiswa-biasiswa di Malaysia membawa kepada penemuan Kit Biasiswa ini.


Kit Biasiswa dibahagikan kepada 4 kit, iaitu Kit Biasiswa Awam, Kit Biasiswa Negeri, Kit Biasiswa Swasta dan Kit Biasiswa Bank. Setiap kit ini menyenaraikan jenis-jenis biasiswa pendidikan dan pinjaman pelajaran yang berbeza; kebanyakannya adalah untuk peringkat Diploma dan Sarjana Muda. Secara realitinya, para pelajar di kedua-dua peringkat inilah yang paling memerlukan bantuan kewangan disebabkan persaingan yang sengit untuk mendapatkan biasiswa. Berbeza dengan pelajar-pelajar peringkat Sarjana dan Ph.D yang mana mereka mudah mendapat biasiswa disebabkan persaingan yang sedikit. Malahan, mereka amat mudah untuk mendapatkan biasiswa daripada universiti-universiti dan syarikat-syarikat besar. Oleh itu, amatlah penting untuk bakal dan para pelajar peringkat Diploma dan Sarjana Muda untuk mengambil tahu tentang peluang-peluang bantuan pendidikan yang ada untuk memudahkan kehidupan mereka sebagai seorang mahasiswa.

Kit yang pertama, iaitu Kit Biasiswa Awam menyenaraikan biasiswa-biasiswa dan pinjaman-pinjaman daripada kerajaan Persekutuan dan agensi-agensi kementerian dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti biasiswa JPA dan pinjaman Mara. Sebanyak 15 jenis tajaan disenaraikan di dalam kit yang pertama ini. Kit yang kedua, iaitu Kit Biasiswa Negeri menyenaraikan 19 tawaran biasiswa dan pinjaman pelajaran yang ditawarkan kerajaan-kerajaan negeri melalui yayasan masing-masing dan juga beberapa pusat zakat negeri. Kit Biasiswa Swasta pula menyenaraikan sehingga 16 jenis tajaan yang boleh dimohon daripada beberapa buah syarikat swasta terkemuka di Malaysia, contohnya biasiswa Petronas dan biasiswa Telekom. Kit yang terakhir, iaitu Kit Biasiswa Bank mengandungi 8 biasiswa hebat yang ditawarkan oleh bank-bank di Malaysia. Keseluruhannya, sebanyak 58 senarai biasiswa dan pinjaman pelajaran dinyatakan dalam Kit Biasiswa versi 3.0 tahun 2012 ini. Senarai ini akan sentiasa dikemaskini dan ditambah dari semasa ke semasa yang mana akan diberikan secara percuma kepada para pembeli Kit Biasiswa.

Di sini, saya paparkan 'screenshot' isi kandungan Kit Biasiswa. Sebenarnya, anda juga berpeluang mendapatkan beberapa contoh kandungan kit ini jika anda memasukkan nama dan alamat emel anda di laman web Kit Biasiswa. Di samping itu, anda juga akan mendapat beberapa informasi menarik berkenaan biasiswa, pinjaman pelajaran dan kehidupan kampus (campus life) melalui emel anda selepas memasukkan nama dan emel anda di laman web tersebut.


Jika dilihat pada screenshot di atas, secara umumnya, setiap jenis tajaan yang disenaraikan dalam Kit Biasiswa akan mengandungi maklumat-maklumat yang berikut:
1. Nama tajaan, penaja dan peringkat tajaan
2. Pengenalan ringkas - Penerangan pendek berkenaan ciri-ciri tawaran bantuan yang disenaraikan memberi gambaran awal samaada tawaran itu adalah biasiswa, pinjaman pelajaran ataupun pinjaman bolehubah. Maklumat yang paling penting di ruangan ini adalah berkenaan golongan sasar siapa yang sepatutnya memohon bantuan tersebut.
3. Jenis tajaan - Dinyatakan samaada tawaran tersebut adalah biasiswa, pinjaman pelajaran ataupun pinjaman bolehubah. Setiap jenis tajaan adalah berbeza dari segi syarat-syarat tajaan, kontrak dan bayaran balik (jika ada).
4. Syarat asas tajaan - Syarat-syarat asas yang perlu dipenuhi dinyatakan untuk membantu para pembaca memilih tajaan-tajaan yang sesuai dengan kelayakan mereka sebelum membuat permohonan. Harus diingat, walaupun anda tidak memenuhi sepenuhnya syarat-syarat yang dinyatakan, tidak salah untuk anda cuba memohon tajaan tersebut. Siapa tahu, rezeki anda mungkin ada.
5. Ramalan waktu tajaan dibuka/ditutup - Bahagian ini adalah yang paling penting di dalam kit ini. Untuk versi 3.0 tahun 2012, ramalan ini adalah untuk tahun 2013 dan berdasarkan kepada tarikh tawaran dibuka pada tahun-tahun lepas. Kemaskini berkenaan ramalan setiap tahun akan diberikan secara percuma kepada semua pembeli Kit Biasiswa. Oleh itu, walaupun anda membeli pada tahun ini, anda masih akan mendapat tarikh-tarikh ramalan pada tahun-tahun akan datang secara percuma.
6. Keterangan lanjut - Ruangan ini mengandungi maklumat untuk menghubungi penaja; nombor telefon, emel dan laman web. Maklumat-maklumat ini memudahkan para pembaca boleh mendapatkan maklumat lanjut, borang permohonan dan memohon tajaan melalui link yang diberikan.

Secara peribadi, saya menyifatkan bahawa kit ini adalah sesuatu yang berbaloi untuk dimiliki oleh sesiapa yang ingin tahu dan mencari peluang untuk mendapatkan tajaan-tajaan pendidikan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi samaada di dalam ataupun luar negara. Maklumat-maklumat yang diberikan, walaupun ringkas, tetapi cukup untuk mendedahkan kepada para pembaca berkenaan tajaan-tajaan yang ada yang kebanyakannya tidak diketahui oleh orang ramai. Penulis Kit Biasiswa mungkin akan menambah lagi beberapa jenis tajaan yang masih belum disenaraikan di dalam Kit Biasiswa ini. Amatlah rugi jika anda terlepas peluang memohon bantuan tajaan pendidikan akibat anda tidak tahu berkenaan tajaan-tajaan 'rahsia' ini. Kit Biasiswa tidaklah menjamin bahawa anada akan mendapat tajaan-tajaan yang disenaraikan. Kit ini cuma membuka jalan untuk anda berusaha dan memohon tajaan-tajaan yang sesuai dengan anda. Kejayaan mendapatkan biasiswa adalah atas usaha dan ikhtiar anda sendiri. Jalan telah dibuka, hanya menunggu anda untuk melaluinya.

Akhir kata, saya memberikan markah 9/10 bintang untuk produk ini. Syabas kepada penulis Kit Biasiswa atas penghasilan produk ini yang akan membantu ramai bakal dan para pelajar. Ayuh, dapatkan kit ini segera! Usah risau dengan pelaburan anda. Sekiranya tidak berpuas hati, anda boleh menuntut kembali wang anda dalam tempoh jaminan 30 hari yang diberikan.

Terima kasih.


Klik di sini untuk melihat bonus-bonus tambahan Kit Biasiswa
Klik di sini untuk melihat testimoni para pembaca Kit Biasiswa

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang Blog

Blog ini bertujuan memberi panduan dan tips berkaitan biasiswa dan pinjaman pelajaran. Sebarang komen, cadangan dan pertanyaan boleh diemel ke mysohojob[at]gmail.com (gantikan [at] dengan @)

Kit Biasiswa

Iklan Premium

Kit Biasiswa

Iklan Premium

Entri Popular

Kit Biasiswa

Senarai Agensi Kerajaan

Kerjaya Swasta

Rahsia Resume Kerja

Rahsia Temuduga Kerajaan

loading...

Pautan Luar

BlogMalaysia.com