Biasiswa Pelajaran | Pinjaman Pelajaran | Dermasiswa

Bonus Kit Biasiswa

Kelebihan dan Bonus-bonus Tambahan Kit Biasiswa

Kit Biasiswa menyenaraikan sehingga 57 senarai tajaan yang terdapat di Malaysia yang boleh dimohon oleh bakal dan para pelajar untuk membantu mereka meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Senarai yang terdapat di dalam Kit Biasiswa meliputi tajaan-tajaan yang ditawarkan oleh pihak kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, pihak swasta dan bank-bank terkemuka sebagai tanggungjawab sosial mereka ke atas rakyat Malaysia. Antara kelebihan mendapatkan Kit Biasiswa adalah:

1. Mendapat akses kepada 57 senarai tajaan pendidikan yang ada - Mungkin anda sudah biasa terdengar tentang biasiswa JPA, biasiswa Mara, biasiswa Petronas, pinjaman PTPTN dan pinjaman Mara. Tetapi, dengan adanya Kit Biasiswa, pembaca akan didedahkan kepada beberapa lagi tajaan biasiswa dan pinjaman 'low profile' yang hebat. Jadi, para pembaca akan mendapat lebih peluang kerana mengetahui tentang tajaan-tajaan 'low profile' ini.

2. Menjimatkan masa - Pembaca Kit Biasiswa dapat menjimatkan masa dari segi mencari biasiswa-biasiswa yang terdapat di Malaysia. Para pembaca tidak perlu meluangkan masa yang banyak melayari internet ataupun membaca iklan-iklan suratkhabar untuk mencari maklumat berkaitan biasiswa. Dengan Kit Biasiswa, hampir semua senarai tajaan terhidang di depan mata. Masa yang dijimatkan ini dapat digunakan untuk menyediakan permohonan mendapatkan tajaan-tajaan yang sesuai.

3. Mendapat tarikh ramalan tawaran permohonan - Dengan mengetahui lebih awal tarikh ramalan tawaran, para pembaca boleh merancang dan bersedia lebih awal untuk membuat permohonan. Walaupun tarikh ramalan mungkin berubah, sekurang-kurangnya para pembaca boleh 'alert' dengan sebarang perubahan. Melalui pautan laman web yang disediakan untuk setiap tajaan dalam Kit Biasiswa, pembaca-pembaca boleh melayari laman-laman web tersebut dengan mudah dan pantas untuk mendapatkan tarikh tawaran biasiswa yang lebih tepat. Hanya sedikit kajian minimum yang perlu dilakukan. Sungguh mudah.

4. Mendapat kemaskini secara percuma - Mungkin ada yang berkata, rugilah jika beli sekarang, kerana maklumat yang ada dalam Kit Biasiswa akan ketinggalan zaman selepas beberapa tahun. Usah bimbang. Penulis Kit Biasiswa akan menghantar sebarang kemaskini melalui emel pembeli setiap kali ada sebarang perubahan baru. Di samping itu juga, penambahan tajaan-tajaan baru yang tidak terdapat dalam Kit Biasiswa turut akan diberikan. Saya sendiri pun ada mendapat kemaskini yang dijanjikan.

5. Mendapat bonus-bonus tambahan - Beberapa bonus-bonus tambahan disediakan untuk membantu dari segi kesiap-siagaan para pembaca untuk memohon biasiswa.

Antara bonus-bonus percuma yang diberikan bersama-sama Kit Biasiswa adalah:

1. Tips Permohonan Biasiswa - Bonus ini mengandungi beberapa tips untuk membantu para pembaca menyiapkan diri untuk memohon biasiswa. Tips meliputi perancangan memohon biasiswa, penyediaan dokumen-dokumen penting, resume dan juga surat sokongan. Persediaan yang rapi akan membantu para pemohon mengelakkan kelam-kabut dan tidak tertinggal dokumen-dokumen penting untuk dihantar bersama-sama borang permohonan nanti.

2. Koleksi Soalan Temuduga - Kebanyakan penaja biasiswa akan memanggil para pemohon untuk menjalani sesi temuduga sebelum memilih calon yang betul-betul layak untuk ditaja. Bonus Koleksi Soalan Temuduga menyediakan soalan-soalan yang sering ditanya ketika sesi temuduga tersebut. Para pembaca digalakkan mencari jawapan tersendiri yang unik dan kreatif kepada setiap soalan yang disenaraikan. Ini akan membantu anda ketika sesi temuduga nanti.

3. Koleksi Surat Permohonan Biasiswa - Beberapa penaja biasiswa tidak menyediakan borang permohonan, sebaliknya meminta para pemohon untuk membuat surat permohonan sendiri yang perlu dihantar bersama-sama surat sokongan dan beberapa dokumen penting. Perkara ini akan dinyatakan dalam iklan tawaran penaja terbabit. Tujuannya untuk menilai profesionalisma pemohon dari segi penyediaan surat permohonan. Bonus Koleksi Surat Permohonan Biasiswa dapat membantu para pemohon dengan menyediakan beberapa surat contoh yang disediakan secara profesional. Surat-surat contoh ini merangkumi surat permohonan dan surat rayuan (jika permohonan awal ditolak) yang disediakan dalam Bahasa Melayu dan juga Inggeris.

4. Perisian Project Planner - Kehidupan seharian seorang mahasiswa sememangnya sibuk; perlu menghadiri kuliah, melakukan tugasan 'assignment' dan juga melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum seperti seminar, bengkel, lawatan dan juga kerja-kerja komuniti. Perisian Project Planner adalah 'planner' versi digital yang dapat membantu para pelajar menyusun projek dan program yang dijalani dengan lebih baik. Perisian ini juga dapat membantu para pembaca Kit Biasiswa merancang untuk memohon biasiswa-biasiswa yang ada berdasarkan tarikh-tarikh ramalan yang diberikan.

5. Kamus Digital - Perisian Kamus Digital yang diberikan boleh diguna untuk membantu mencari maksud berkenaan sesuatu perkataan Inggeris.

Jika anda rasakan ingin memiliki kesemua bonus ini secara percuma, ayuh, dapatkan kit ini segera! Usah risau dengan pelaburan anda. Sekiranya tidak berpuas hati, anda boleh menuntut kembali wang anda dalam tempoh jaminan 30 hari yang diberikan.


Klik di sini untuk melihat ulasan lengkap Kit Biasiswa
Klik di sini untuk melihat testimoni para pembaca Kit Biasiswa

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang Blog

Blog ini bertujuan memberi panduan dan tips berkaitan biasiswa dan pinjaman pelajaran. Sebarang komen, cadangan dan pertanyaan boleh diemel ke mysohojob[at]gmail.com (gantikan [at] dengan @)

Kit Biasiswa

Iklan Premium

Kit Biasiswa

Iklan Premium

Entri Popular

Kit Biasiswa

Senarai Agensi Kerajaan

Kerjaya Swasta

Rahsia Resume Kerja

Rahsia Temuduga Kerajaan

loading...

Pautan Luar

BlogMalaysia.com