Biasiswa Pelajaran | Pinjaman Pelajaran | Dermasiswa

Cerita Tentang Biasiswa

Cerita Tentang Biasiswa

Lantaran kos pengajian yang tinggi, tidak dapat dinafikan bahawa duit menjadi keperluan utama bagi seseorang yang ingin belajar untuk memajukan dirinya. Jika anda tidak mampu menampung perbelanjaan mendapatkan pendidikan, anda akan kehilangan peluang untuk meningkatkan dan menonjilkan potensi diri anda secara optimum. Ini secara tidak langsung akan memberi kesan kepada komuniti. Anda mungkin mempunyai skil-skil yang boleh disumbangkan kepada pembangunan negara, tetapi malangnya, tidak mendapat peluang untuk meningkatkan lagi potensi tersebut. Oleh kerana itu, amatlah penting untuk anda mencari jalan untuk meningkatkan potensi dan memajukan diri sendiri ke tahap setinggi mungkin. Usah jadikan masalah kewangan sebagai penghalang, kerana ada jalan penyelesaiannya, iaitu biasiswa.

Biasiswa boleh menyediakan sumber bantuan kewangan kepada seseorang yang berkelayakan samaada kerana bakat semulajadinya, ataupun kesungguhannya mengerah keringat mencapai kejayaan. Dalam kebanyakan kes, seseorang itu mempunyai kedua-duanya; bakat dan kesungguhan, dan individu-individu seperti inilah mempunyai peluang yang cerah untuk terpilih sebagai pemegang biasiswa. Seterusnya, mereka berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi untuk menyerlahkan lagi potensi bakat dan kesungguhan mereka. Sebagai seorang yang inginkan kejayaan, adalah satu kelebihan jika anda  mempunyai kedua-dua bakat dan kesungguhan.

Biasiswa adalah satu bentuk bantuan kewangan yang diberikan kepada para pelajar yang layak, samaada mereka memohon ataupun dipilih berasaskan kelayakan mereka. Pakej biasiswa boleh meliputi sumbangan bayaran yuran pengajian dan bantuan sara hidup, yuran pengajian sahaja ataupun sebahagian yuran pengajian sahaja. Ini bergantung kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak penaja. Di samping itu, dari segi masa tajaan, biasiswa mungkin akan dibayar sepanjang tempoh pengajian ataupun untuk beberapa tempoh masa tertentu sahaja. Tempoh tajaan ini sangat bergantung kepada pematuhan syarat-syarat yang ditetapkan dan keputusan semasa para pelajar. Para pelajar mungkin akan dikehendaki untuk mencapai CGPA tertentu untuk memastikan biasiswa terus diberi.

Sesiapa sahaja boleh memohon biasiswa, selagi mana anda memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Borang permohonan biasiswa yang dikeluarkan pihak penaja kebiasaannya agak kompleks dan boleh mengambil masa yang lama untuk diisi sebaik-baiknya. Sedikit kesalahan dalam mengisi borang permohonan biasiswa boleh menyebabkan permohonan ditolak, jadi amatlah penting untuk anda membaca dan mematuhi semua arahan pengisian yang dinyatakan. Anda harus ingat bahawa ada beribu-ribu orang yang menghantar permohonan untuk setiap jenis biasiswa, jadi anda seharusnya menghantar permohonan yang boleh menarik perhatian pihak penaja.

Perkara utama yang harus diingat dalam menyediakan permohonan biasiswa adalah jangan menipu! Sila berikan segala maklumat yang diminta dengan betul dan disokong bukti. Jika pihak penaja biasiswa mendapat tahu bahawa anda memberi maklumat-maklumat palsu, permohonan anda boleh dibatalkan. Pastikan anda jujur dan nyatakan pencapaian dan kebolehan anda dengan sebaik-baiknya. Anda boleh memohon biasiswa kepada beberapa penaja untuk mengelakkan risiko meletakkan telur dalam satu bakul. Permohonan-permohonan lain akan menjadi pelan bantuan tambahan jika biasiswa yang anda tidak berjaya mendapat biasiswa yang diidam-idamkan. Apabila berkaitan dengan pengajian dan biasiswa, mempunyai pelan bantuan tambahan adalah sesuatu yang baik.

Mendapatkan biasiswa akan menjadi sukar diperoleh jika anda tiada pengalaman dan tidak mempunyai perancangan yang baik. Oleh itu, adalah penting untuk anda memahami keseluruhan syarat skim biasiswa yang ditawarkan dan merancang dengan baik tindakan-tindakan yang perlu dilakukan. Perancangan yang rapi akan memastikan permohonan biasiswa anda dihantar dengan baik sekaligus meningkatkan peluang dipilih sebagai pemegang biasiswa. Ingatlah, biasiswa amatlah penting untuk membantu anda meneruskan pengajian di peringkat tertinggi dan menjadi tanggungjawab anda untuk berusaha mendapatkan biasiswa yang sesuai demi menjamin masa depan anda.

Klik di sini untuk mendapatkan senarai 57 biasiswa yang terdapat di Malaysia
 Klik di sini untuk review Kit Biasiswa

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang Blog

Blog ini bertujuan memberi panduan dan tips berkaitan biasiswa dan pinjaman pelajaran. Sebarang komen, cadangan dan pertanyaan boleh diemel ke mysohojob[at]gmail.com (gantikan [at] dengan @)

Kit Biasiswa

Iklan Premium

Kit Biasiswa

Iklan Premium

Entri Popular

Kit Biasiswa

Senarai Agensi Kerajaan

Kerjaya Swasta

Rahsia Resume Kerja

Rahsia Temuduga Kerajaan

loading...

Pautan Luar

BlogMalaysia.com