Biasiswa Pelajaran | Pinjaman Pelajaran | Dermasiswa

Siapa Patut Baca Kit Biasiswa?

Siapa Patut Baca Kit Biasiswa

Saya yakin, mesti ada para pembaca yang tertanya-tanya, siapa yang sesuai memiliki Kit Biasiswa. Mestilah, kadang-kadang kita akan terfikir samaada sesuatu produk itu sesuai atau tidak untuk kita miliki, untuk mengelakkan kerugian dengan membelanjakan wang membeli produk tersebut. Baiklah, kali ini saya akan menyarankan beberapa golongan yang sesuai dan seharusnya memiliki Kit Biasiswa.

1. Pelajar sekolah dan lepasan SPM
Untuk pelajar-pelajar lepasan SPM, peluang anda untuk menyambung pelajaran ke luar negara amatlah luas. Selain daripada tajaan biasiswa JPA dan biasiswa Mara, dengan mendapat tajaan daripada penaja-penaja lain yang sesuai, anda berpeluang mengikuti Kelas Persediaan di beberapa buah kolej di Malaysia sebelum dihantar ke universiti-universiti luar negara. Amatlah rugi sekiranya para pelajar lepasan SPM terlepas merebut peluang sebegini. Peluang sebegini biasanya eksklusif dibuka untuk pelajar lepasan SPM, dan hanya sedikit untuk pelajar lepasan matrikulasi ataupun diploma. Oleh itu,amatlah penting bagi seorang pelajar sekolah atau lepasan SPM untuk mendapatkan Kit Biasiswa supaya mereka dapat bersedia lebih awal untuk merebut biasiswa-biasiswa yang ditawarkan.

2. Pelajar lepasan STPM, diploma dan matrikulasi
Pelajar-pelajar lepasan STPM, diploma dan matrikulasi yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda seharusnya sedar bahawa kos pengajian di peringkat ini tersangatlah tinggi. Jika tidak mendapatkan sebarang tajaan biasiswa atau pinjaman pelajaran, amatlah sukar untuk meneruskan pengajian, kecuali anda atau keluarga anda adalah daripada golongan kaya. Maka, bakal mahasiswa mahasiswi ini digalakkan untuk mendapatkan Kit Biasiswa untuk mengetahui dan seterusnya tajaan-tajaan yang sesuai untuk mereka. Jangan sampai nanti anda rasa cemburu melihat rakan-rakan lain yang mendapat tajaan yang baik, manakala anda pula tidak ditaja mana-mana penaja akibat anda tidak tahu berkenaan biasiswa-biasiswa yang ada di Malaysia. Harus diingat, persaingan mendapatkan biasiswa adalah sangat sengit, dan sekiranya anda tidak bersedia dengan awal, anda mungkin akan terlepas.

3. Mahasiswa peringkat Sarjana Muda
Ada pelajar yang telah pun memulakan pengajian di peringkat Sarjana Muda beranggapan yang peluang mereka untuk mendapat mana-mana tajaan biasiswa telahpun tertutup. Ini sememangnya anggapan yang salah. Walhal, terdapat beberapa penaja biasiswa membuat tawaran khas untuk para pelajar yang sedang mengikuti pengajian. Biasanya, antara syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk memohon biasiswa sebegini adalah mendapat markah CGPA yang baik untuk semester sebelumnya, dan aktif dalam aktiviti kokurikulum. Jadi, sekiranya anda adalah seorang mahasiswa Sarjana Muda, terutamanya yang masih di tahun 1 atau ke 2 pengajian, jangan lepaskan peluang mendapatkan Kit Biasiswa untuk mengetahui biasiswa-biasiswa yang khas untuk anda mohon.

4. Ibubapa
Sebagai seorang ibubapa, melihat kejayaan anak-anak adalah kepuasan yang paling hakiki. Namun, apabila keadaan kewangan mendesak, mungkin akan rasa terkilan sekiranya tidak dapat membantu anak-anak mendapatkan pendidikan yang terbaik di peringkat tertinggi. Kerana itulah, amatlah penting para ibubapa untuk mendapatkan Kit Biasiswa, sebagai satu usaha untuk membantu anak-anak mendapatkan biasiswa dan seterusnya mengejar cita-cita mereka untuk mendapat pendidikan yang sempurna. Selain daripada mendapatkan bantuan biasiswa jpa, biasiswa Mara, pinjaman PTPTN dan pinjaman Mara, ibubapa dapat membantu anak-anak mendapatkan tajaan daripada beberapa penaja yang lain.

5. Guru-guru, pensyarah-pensyarah dan pentadbir universiti/kolej
Selain daripada ibubapa, guru-guru di sekolah, ataupun pensyarah-pensyarah dan pihak pentadbir universiti/kolej sering menjadi tempat rujukan para pelajar dan mahasiswa untuk mendapatkan nasihat dan panduan berkenaan bantuan kewangan pendidikan. Demi membantu para pelajar dan mahasiswa yang datang bertanya, seharusnya Kit Biasiswa menjadi salah satu bahan rujukan yang seharusnya dimiliki.

Itulah golongan-golongan yang sesuai untuk mendapatkan Kit Biasiswa ini.

Adakah anda tergolong dalam kalangan mana-mana golongan di atas? Jika ya, ayuh, dapatkan kit ini segera! Usah risau dengan pelaburan anda. Sekiranya tidak berpuas hati, anda boleh menuntut kembali wang anda dalam tempoh jaminan 30 hari yang diberikan.


Klik di sini untuk melihat ulasan lengkap Kit Biasiswa
Klik di sini untuk melihat bonus-bonus tambahan Kit Biasiswa
Klik di sini untuk melihat testimoni para pembaca Kit Biasiswa

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang Blog

Blog ini bertujuan memberi panduan dan tips berkaitan biasiswa dan pinjaman pelajaran. Sebarang komen, cadangan dan pertanyaan boleh diemel ke mysohojob[at]gmail.com (gantikan [at] dengan @)

Kit Biasiswa

Iklan Premium

Kit Biasiswa

Iklan Premium

Entri Popular

Kit Biasiswa

Senarai Agensi Kerajaan

Kerjaya Swasta

Rahsia Resume Kerja

Rahsia Temuduga Kerajaan

loading...

Pautan Luar

BlogMalaysia.com